|
Melilit
Tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali
iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking.
Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang
kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing
yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan
tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang
diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini
akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan
tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan
kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain
untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut.
Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri
Kelantan mereka tidak
melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan
setelah kemas barulah pemain mengambilnya.
|
-Rajah
menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal tali gasing ke
jari kelingking
|
-Rajah
menunjukkan cara tali dililit pada pangkal tali gasing
di pergelangan tangan
|
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada
jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah
kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan
dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi
akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan
oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan
menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat
pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain
perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa
sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan
dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan
dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan
tugas mengankat atau menegak uri.
Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu
melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling
gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing
tradidional iaitu melilit
gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih
kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu,
labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak
rata, kerja meratakannya
haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok
dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya
pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.
|
|
Ibu
jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada leher
gasing
|
|
|
|
Cara
melilit tali pada gasing lilitan ketiga
|
|
|
|
Cara
memegang gasing sebelum dililit dengan tali
|
|
|
|
Lilitan
permulaan bagi gasing
|
|
|

|
Lilitan
separuh bahu gasing
|
|
|
|
Lilitan
gasing penuh
|
|
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang
dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu
jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan
tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah
ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah
dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah
sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang
kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan
membahayakan semua orang.
Memusing
Gasing
Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing
mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat,
ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah
yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak
jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis
pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan
pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah
tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah
sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing
mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan,
barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan
mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak
dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing
dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak
rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan
teknik pusingan sorong tarik.
|

|
Langkah
awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut
cara pusing sorong tarik
|
|
|

|
Gasing
dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada
kaki kiri
|
|
|

|
Gasing
terus dihayunkan untuk dicampakkan
|
|
Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang
tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak,
iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan
tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke
arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke
hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,
sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan
tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi
kurang ligat.
|

|
Gasing
diangkat paras bahu sebelum dilepaskan
|
|
Memangkah
Gasing
Memangkah
adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing
akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya
pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga
pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang
dan pangkah tebang.
|

|
Cara
melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan dari jarak
dekat supaya mengenai sasaran.
|
|

|
Gasing
dilepaskan ke arah lawan dengan cara pangkah totok.
|
|
Pangkah
totok.
Pangkahan dilakukan
dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula
dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian
labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk
menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika
menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang
sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan
jenis pangkahan ini.
|
|
Pangkah
hentak
Untuk melakukan
pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara
tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran.
Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah.
Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika
tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh
memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa
pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing
leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing
lawan.
|
|

|
Kaedah
melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi
memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing
lawan.
|
|
|
Pangkah
layang
Kedudukan tubuh
pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas
kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan
ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini
selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar
dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini
ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
|
|

|
Gasing
dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila hendak
melakukan pangkah layang
|
|

|
Pemain
mengimbangkan badan untuk melakukan pangkah layang
|
|

|
Gasing
pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusing
|
|
|

|
Kaedah
melakukan pangkah terbang;badan dibongkokkan sedikit dan
gasing dihayun ke belakang pada paras bahu.
|
|

|
Pemain
menggunakan cara pangkah tebang untuk memangkah labu
gasing pemusing.
|
|
Pangkah
tebang
Pangkahan ini
bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia
juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan
pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing
pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan
paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk
tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan
gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
|
Mengangkat Gasing
Setelah gasing
dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara.
Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang
tinggi.
Sebelum gasing diangkat,
pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan
kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian
terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan
untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing.
Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok
digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan
gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak
kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan
gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang
dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali
kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.
|