| . |
Suatu
Enakmen bagi membuat peruntukan berkenaan dengan
penubuhan suatu Perbadanan yang dinamakan Perbadanan
Perpustakaan Awam Kelantan dan perkara- perkara
yang berkaitan dengannya.
BAHAGIAN I
PERMULAAN |
1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan
Perpustakaan Awam Kelantan, 1973, dan hendaklah
mula berkuatkuasa pada suatu tarikh yang ditetapkan
oleh Raja melalui pemberitahu dalam Warta.
|
|
|
2. Di dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan
ayatnya menghendaki makna yang lain:
|
|
"Bahan
Perpustakaan" ertinya apa-apa bentuk perkara
bertulis, bercetak atau grafik, termasuk tulisan
tangan, tulisan taip, buku, akhbar, majalah
berkala, muzik, gambarfoto, peta, cetakan, lukisan
dan lain-lain bentuk seni grafik, filem, jalur
filem, piring hitam, rakaman pita dan lain-lain
rakaman pada kertas, filem, atau lain-lain bahan
dan pengeluaran ulangnya;
|
"Perpustakaan
Awam" ertinya Perpustakaan Awam Kelantan yang
ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen
8 dan termasuk cawangan-cawangan Perpustakaan
Awam dan perpustakaan-perpustakaan bergerak
yang mungkin ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah
seksyen 9 ;
"Perpustakaan
bergerak" ertinya sesuatu perpustakaan yang
bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat di
dalam Negeri dengan menggunakan kenderaan yang
disesuaikan bagi maksud itu;
"Tahun
kewangan" ertinya satu jangka masa yang tidak
melebihi dua belas bulan dan tidak kurang dari
enam bulan berakhir pada 31hb. Disember.
|
BAHAGIAN II
| PERBADANAN
|
| Penubuhan Perbadanan |
3. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan
perbadanan yang dinamakan "Perbadanan Perpustakaan
Awam Kelantan" yang turun-temurun dan boleh
mendakwa dan didakwa (1)
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan
perbadanan yang dinamakan "Perbadanan Perpustakaan
Awam Kelantan" yang turun-temurun dan boleh
mendakwa dan didakwa
(2)
Perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meteri
dan boleh dari semasa ke semasa menukar, mengubah
atau membaharui meteri tersebut sebagaimana
yang difikirkan- nya patut, dan sehingga suatu
meteri diadakan di bawah seksyen ini suatu cap
yang mengandungi tulisan "Perbadanan Perpustakaan
Awam Kelantan" boleh digunakan sebagai meteri.
|
| Keahlian Perbadanan |
e) Setiausaha
Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah
Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka;
(f)
empat orang ahli yang dilantik oleh Menteri
Besar, dua daripadanya adalah wakil dari Persatuan-persatuan
Kesusasteraan atau Kebudayaan yang berdaftar;
(g)
empat orang ahli yang dilantik oleh Menteri
Besar untuk mewakili pihakberkuasa Kerajaan
Tempatan.
(2)
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik
diatas apa-apa syarat oleh Raja dalam Mesyuarat
dan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh
selama tiga tahun melainkan jika perlantikannya
terlebih dahulu dibatalkan atau dikosongkan
atau ianya terlebih dahulu meletakkan jawatan.
(3)
Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan
(f) seksyenkecil (1) hendaklah memegang jawatan
bagi suatu tempoh selama tiga tahun melainkan
jika perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan
atau dikosongkan atau ianya terlebih dahulu
meletak jawatan.
(4)
Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan
(g) seksyenkecil (1) hendaklah memegang jawatan
bagi suatu tempoh selama satu tahun melainkan
jika perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan
atau dikosongkan atau ianya terlebih dahulu
meletak jawatan.
(5)
Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan-
perenggan (a) dan (b) seksyenkecil (1) boleh
dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.
(6)
Semasa Pengerusi tidak ada, Timbalan Pengerusi
hendaklah mempunyai semua kuasa-kuasa Pengerusi.
(7)
Semasa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidak
berdaya kerana sakit atau apa-apa jua sebab
lain, atau semasa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi
tidak ada dalam negeri, Menteri Besar boleh
melantik seseorang untuk menjadi Pengerusi sementara
yang mempunyai semua kuasa-kuasa Pengerusi.
Dengan
syarat bahawa ahli-ahli yang dilantik untuk
mengisi jawatan ahli-ahli diperenggan-perenggan
(f) dan (g) hendaklah dari kategori orang-orang
yang sama seperti yang tersebut di dalam perenggan-perenggan
itu.
Dengan
syarat selanjutnya bahawa tiada apa-apa jua
tindakan atau langkah-langkah pembicaraan Perbadanan
itu boleh menjadi tidak sah atau menyalahi undang-undang
hanya oleh sebab sesuatu kekosongan itu semasa
sesuatu tindakan atau langkah-langkah pembicaraan
itu diambil oleh Perbadanan.
|
5. Maka hendaklah dibayar kepada ahli-ahli Perbadanan
apa-apa elaun perjalanan atau lain-lain elaun
berkaitan dengan kehadiran di mesyuarat-mesyuarat
Perbadanan atau menjalankan apa-apa tugas Perbadanan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Besar.
|
|
6. (1) Perbadanan hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya
empat kali dalam sesuatu tahun kewangan.
(2)
Mesyuarat-mesyuarat Perbadanan hendaklah diadakan
pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(3)
Pengerusi pada bila-bila masa memanggil suatu
mesyuarat Perbadanan dan hendaklah di atas permintaan
bertulis daripada tidak kurang dari lapan orang
ahli memanggil suatu mesyuarat khas dalam masa
sebulan dari tarikh permin- taan tersebut.
(4)
Minit-minit bagi tiap-tiap satu mesyuarat Perbadanan
hendaklah disimpan dan minit-minit tersebut
hendaklah disahkan dan ditandatangani di mesyuarat
yang berikut selepas itu oleh Pengerusi.
(5)
Perbadanan boleh menjemput seorang atau beberapa
orang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Perbadanan
yang tertentu bagi maksud membantu atau menasihat
Perbadanan tetapi orang-orang yang dijemput
itu tidak berhak mengundi.
|
|
| |
(2)
Jika mengenai apa-apa soal untuk ditentukan
oleh Perbadanan undinya sama banyak, Pengerusi
hendaklah mem- punyai undi pemutus selain daripada
undi asalnya.
|
BAHAGIAN III
KUASA-KUASA DAN TUGAS-TUGAS PERBADANAN
| Tugas-tugas |
- 8.Tugas-tugas Perbadanan ialah:
- (a)
menubuh, melengkap, mengurus dan menyelenggarakan
Perpustakaan Awam Kelantan;
- (b)
mengembangkan dan menggalakkan pembacaan khususnya
dalam Bahasa Kebangsaan;
- (c)
mengembangkan dan menggalakkan penggunaan buku-buku
di Perpustakaan Awam untuk rujukan dan untuk
pinjaman tertakluk kepada pemeliharaan yang
sempurna terhadap kehilangan atau kerosakan;
- (d)
memperolehi suatu kumpulan lengkap buku-buku
yang ada hubungan dengan Negeri atau yang diterbitkan
di dalam Negeri;
- (e)
mendapatkan dan mengadakan penerangan pusat
mengenai sumber-sumber dan perkhidmatan-perkhidmatan
perpustakaan dalam Negeri bagi pihak Perpustakaan
Negara;
- (f)
bertindak sebagai ajensi pengelolaan untuk memberi
pinjam dan pertukaran buku-buku pada peringkat
antara Negeri dan di antara Perpustakaan Awam
dan Perpustakaan Negara;
- (g)
mengadakan perkhidmatan rujukan, bibliografi
dan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan
kepada Jabatan-jabatan Negeri dan Dewan Undangan
Negeri;
- (h)
melakukan apa-apa perkara dan benda lain yang
difikirkan perlu bagi menjalankan atau melaksanakan
kesemua atau apa-apa maksud Enakmen ini;
|
(a)
menubuh, mengurus dan menyelenggarakan cawangan-cawangan
Perpustakaan Awam di mana-mana bahagian dalam
Negeri;
(d)
membeli, menukar, meminjam dan menerima buku-
buku dan lain-lain harta alih bersangkutan dengan
penubuhan dan pengurusan Perpustakaan Awam;
(e)
membeli, menukar, memajak dan memegang tanah,
bangunan-bangunan dan lain-lain harta tak alih
bagi penubuhan Perpustakaan Awam dan bagi apa-apa
maksud yang perlu untuk menjalankan tugas-tugas
Perbadanan;
(f)mengambil
alih mana-mana perpustakaan dalam Negeri dengan
persetujuan perpustakaan tersebut dan pada melakukannya
boleh membuat kontrek atau perkiraan yang menasabah
dengan mana-mana orang, kelab, persatuan atau
kerajaan tempatan dengan kelulusan Raja dalam
mesyuarat;
(g)
membuat perhubungan dan bekerjasama setakat
mana dan atas apa-apa syarat yang difikirkan
perlu dengan perpustakaan-perpustakaan lain,
institusi- institusi pengajian tinggi atau mana-mana
pertubuhan antara bangsa sama ada dalam Negeri-negeri
di Malaysia atau sebaliknya;
(h)
mengadakan latihan-latihan bagi orang-orang
untuk menjalankan tugas-tugas iktisas dan bukan
iktisas dalam perpustakaan-perpustakaan;
(i)
melantik jawatankuasa-jawatankuasa khas yang
ke- padanya Perbadanan boleh mewakilkan apa-apa
tugas pentadbirannya;
(j)
membuat apa-apa kontrek atau melakukan apa-apa
tindakan atau kerja lain sebagaimana yang perlu
dan patut bagi melaksanakan maksud-maksud Enakmen
ini.
|
|
| |
10. Perbadanan boleh dari semasa ke semasa meminjam
dengan apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa
tempoh dan atas apa-apa syarat mengenai masa
dan cara pembayaran balik dan menjamin pembayaran
balik dan sebaliknya sebagaimana yang dibenarkan
oleh Kerajaan Negeri, apa-apa jumlah wang yang
perlu bagi menunaikan apa-apa perbelanjaan modal
bagi maksud-maksud yang berikut:
(b)
kos bagi memperolehi tanah, bangunan atau lain-lain
harta takalih bagi maksud Enakmen ini;
(c)
kos bagi membina bangunan-bangunan bagi Perpustakaan
Awam dan membeli kenderaan-kenderaan bagi penubuhan
perpustakaan bergerak atau membaharui bangunan-bangunan
itu atau kenderaan-kenderaan itu dan kerja yang
berkaitan dengannya;
|
| Kuasa-kuasa melabur |
11. Perbadanan boleh melabur mana-mana bahagian daripada
Kumpulan Wangnya yang tidak diperlukan untuk
kegunaan segera ke dalam apa-apa pelaburan yang
dibenarkan oleh Ordinan Pemegang Amanah, 1949,
atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan
oleh Menteri Besar.
|
BAHAGIAN IV
PEGAWAI-PEGAWAI, PENJAWAT-PENJAWAT DAN LAIN-LAIN PERBADANAN
| Pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat |
- 12.
- (1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah seksyen 23, Perbadanan
boleh melantik pengawai-pegawai dan penjawat-penjawat
sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan
maksud-maksud Enakmen ini.
- (2)
Pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan
adalah di bawah kawalan pentadbiran Pengerusi
atau seseorang pegawai yang dilantik oleh Pengerusi.
- (3)
Ahli-ahli, pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat
Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai Pegawai
Kerajaan menurut makna yang terkandung dalam
Kanun Kesiksaan.
- (4)
Perbadanan boleh dengan kelulusan Menteri Besar
membuat peraturan-peraturan bagi penubuhan suatu
Kumpulan Wang Simpanan Pencarum-pencarum bagi
pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang dilantik
di bawah Enakmen ini.
|
- 13.
- Perbadanan
boleh dengan kelulusan Menteri Besar mengambil
kerja dan membayar gaji penasihat-penasihat
teknik atau penasihat-penasihat profesional
seperti peguamcara, banker, penilai atau pakar
perpustakaan bagi menguruskan apa-apa urusan
atau melakukan apa-apa tindakan yang perlu diuruskan
atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan
Perbadanan atau bagi melaksanakan dengan lebih
sempurna maksud-maksud Enakmen ini dan membayar
segala bayaran dan perbelanjaan yang dikenakan.
|
|
- 14.
- Ordinan
Perlindungan Pihakberkuasa Awam, 1948 hendaklah
dipakai terhadap apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau pem- bicaraan terhadap Perbadanan atau
terhadap mana-mana ahli, pegawai, penjawat atau
ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa tindakan,
kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan
oleh Perbadanan atau orang-orang seperti itu
atas sifatnya yang demikian itu.
|
Ordinan
Perlindungan Pihak berkuasa Awam, F.M. No. 19
tahun 1948.
|
- 15.
- (1)
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu ibu pejabat
di Kota Bharu atau pada satu tempat sebagaimana
yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Perbadanan
dan diluluskan oleh Menteri Besar.
- (2)
Perbadanan boleh menubuhkan pejabat-pejabat
lain sebagaimana yang difikirkannya perlu oleh
Perbadanan.
|
|
BAHAGIAN V
KUMPULANWANG DAN HASIL PERBADANAN
- 16.
- (1)
Bagi maksud Enakmen ini maka adalah dengan ini
ditubuhkan suatu Kumpulanwang yang akan ditadbir
dan dikawal oleh Perbadanan.
- (2)
Kumpulanwang Perbadanan hendaklah terdiri daripada:
- (a)
apa-apa jumlah wang yang, dari semasa ke semasa,
diuntukkan oleh Dewan Undangan Negeri bagi maksud
itu;
- (b)
apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak
berkuasa tempatan bagi maksud-maksud Perbadanan;
- (c)
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa
didermakan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri lain,
yayasan- yayasan atau oleh mana-mana orang lain
bagi maksud- maksud Perbadanan;
- (d)
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa
didapati oleh Perbadanan melalui Pinjaman;
- (e)
apa-apa jumlah wang yang mungkin dikutip oleh
Perbadanan melalui bayaran-bayaran atau denda-
denda;
- (f)
segala bunga di atas pelaburan-pelaburan bagi
mana- mana bahagian Kumpulanwang;
- (g)
segala jumlah wang yang diperolehi oleh Perbadanan
secara langsung atau secara tidak langsung dari
harta alih atau harta takalih yang dipunyai
oleh Perbadanan.
|
Kumpulanwang Perbadanan |
| Penggunaan Kumpulan wang Perbadanan |
- 17.
Kumpulanwang
Perbadanan boleh digunakan untuk menanggung
bayaran-bayaran berikut:
- (a)
elaun-elaun bagi ahli-ahli untuk menghadiri
mesyuarat-mesyuarat Perbadanan;
- (b)
gaji-gaji, bayaran-bayaran atau saraan-saraan
pegawai-pegawai, ejen-ejen dan penjawat-penjawat
dan penasihat teknik atau lain-lain Penasihat
Perbadanan;
- (c)
segala kos bayaran dan perbelanjaan Perbadanan
dan segala kos, bayaran dan perbelanjaan yang
berkenaan dengan perjalanan kuasa-kuasa Perbadanan
di bawah Enakmen ini;
- (d)
bunga di atas apa-apa pinjaman yang dipinjam
dengan sah oleh Perbadanan;
- (e)
jumlah wang yang diperlukan untuk membayar balik
wang-wang yang dipinjam;
- (f)
apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut diketepikan
berkenaan dengan kesusutan harta Perbadanan.
|
| Akaun
Bank |
- 18.
- (1)
Segala wang yang dibayar kepada Perbadanan hendaklah
dengan serta merta dimasukkan ke dalam sesuatu
akaun didalam mana-mana bank atau bank-bank
sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan.
- (2)
Segala pesanan atau cek terhadap akaun yang
tersebut itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi
dan semasa Pengerusi tidak ada oleh Timbalan
Pengerusi dan seorang ahli yang diberi- kuasa
oleh Perbadanan.
|
| Akaun
dan odit |
- 19.
- (1)
Perbadanan hendaklah menyimpan akaun-akaun dan
odit lain-lain rekod yang betul mengenai perjalanannya
dan hendaklah mengarahkan supaya disediakan
suatu penyata akaun mengenai tiap-tiap tahun
kewangan.
- (2)
Akaun-akaun Perbadanan hendaklah diodit pada
tiap- tiap tahun Juruodit Negara.
- (3)
Pada penghujung tiap-tiap satu tahun kewangan,
suatu salinan penyata akaun yang telah diodit
itu hendaklah dikemukakan kepada Raja dalam
Mesyuarat dan kepada Perpustakaan Negara ber-
sama-sama dengan suatu salinan apa-apa lapuran
yang dibuat oleh Juruodit Negara di atas penyata
akaun Perbadanan itu.
|
- 20.
- (1)
Perbadanan hendaklah dengan secepat mungkin
selepas tamatnya tiap-tiap satu tahun kewangan,
mengarahkan supaya dibuat dan mengemukakan kepada
Raja dalam Mesyuarat dan kepada Perpustakaan
Negara suatu lapuran yang membicarakan dengan
am kegiatan-kegiatan Perbadanan di dalam tahun
kewangan yang terda- hulu dan mengandungi apa-apa
penerangan berkenaan dengan per- jalanan dan
dasar Perbadanan.
- (2)
Suatu salinan tiap-tiap lapuran seperti itu
hendaklah dibentangkan di atas meja persidangan
Dewan Negeri.
|
Penyata Tahunan |
PELBAGAI
PERKARA
- 21.
- Seseorang
yang di mana-mana bahagian Perpustakaan Awam
yang ditubuh, diselenggara atau diuruskan oleh
Perbadanan:
- (a)
berkelakuan tidak senonoh; atau
- (b)
menggunakan bahasa yang mencaci atau lucah;
atau
- (c)
bertaruh atau berjudi; atau
- (d)
sesiapa, selepas diberi amaran yang sempurna
enggan keluar dari perpustakaan selepas masa
yang ditetapkan untuk menutup Perpustakaan Awam
adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga
ratus ringgit atau dua bulan penjara, dan
berkenaan dengan kesalahan yang kedua atau
kesalahan yang berikutnya boleh dikenakan
denda tidak lebih daripada enam ratus ringgit
atau empat bulan penjara.
|
Kesalahan-kesalahan |
- 22.
- Seseorang
pegawai atau penjawat Perbadanan yang dilantik
di bawah seksyen 12 boleh menangkap tanpa waran:
- (a)
Seseorang disyakinya dengan menasabah telah
melakukan atau cuba melakukan dihadapannya apa-
apa kesalahan terhadap Enakmen ini atau peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya;
- (b)Seseorang
yang dikeluarkan waran ke atasnya di bawah Enakmen
ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah nya masih ada, walaupun waran itu tidak
ada dalam miliknya;
hendaklah
dengan secepat mungkin mengemukakan atau mengarahkan
supaya dikemukakan orang itu menurut peruntukan-peruntukan
Kanun Acara Jenayah.
|
Tangkapan tanpa waran |
| Kuasa
untuk membuat Perintah-perintah Tetap |
- 23.
(1) Perbadanan boleh dengan kelulusan
Menteri Besar membuat Perintah-perintah Tetap
yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan
Enakmen ini:
- (a)
menetapkan acara di mesyuarat Perbadanan;
- (b)
menetapkan cara-cara bagaimana apa-apa jenis
suratan dan apa-apa jenis suratcara boleh ditandatangani
atau dilaksa- nakan bagi pihak Perbadanan;
- (c)
menetapkan tanggungjawab dan pengawalan pegawai-
pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan;
- (d)
menetapkan keadaan-keadaan yang membolehkan
pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan
menerima perbelanjaan perjalanan, elaun sara
hidup atau lain-lain elaun dan menetapkan kadar
perbelanjaan- perbelanjaan dan elaun-elaun tersebut;
- (e)
secara am untuk menjalankan kuasa-kuasa dan
ke- wajipan-kewajipan Perbadanan di bawah peruntukan-
peruntukan Enakmen ini.
|
| Kuasa
Membuat Peraturan |
- 24.
(1) Perbadanan boleh dengan ketetapan
yang dibuat di membuat mesyuarat Perbadanan
membuat kaedah-kaedah yang perlu dan Peraturan.
patut bagi menjalankan maksud-maksud Enakmen
ini dengan lebih berkesannya dengan tidak menyentuh
keluasan peruntukan yang tersebut di atas membuat
kaedah-kaedah bagi:
- (a)
mengatur keahlian Perpustakaan Awam;
- (b)
menetapkan borang permohonan untuk menjadi ahli
Perpustakaan Awam;
- (c)
memerlukan supaya diberi penjamin atau jaminan
oleh seseorang yang menggunakan Perpustakaan
Awam;
- (d)
membuat peruntukan mengenai penggantungan, pembatalan,
penamatan atau kehilangan kelayakan keahlian
Perpustakaan Awam;
- (e)
mengatur kegunaan Perpustakaan Awam dan membuat
peruntukan bagi melindungi Perpustakaan Awam
dan segala yang terdapat di dalamnya daripada
kecederaan, kerosakan, atau salahguna;
- (f)
mengatur bagi senggaraan mutu yang sempurna
dan kelakuan ahli-ahli Perpustakaan Awam dan
menguruskan pelanggaraannya;
- (g)
memberikuasa kepada pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat
Perpustakaan Awam untuk menahan kemasukan atau
mengeluarkan orang-orang yang melakukan apa-apa
kesalahan terhadap Enakmen ini atau perintah-perintah
yang dibuat di bawahnya daripada mana- mana
kawasan yang digunakan berhubung dengan Perpustakaan
Awam,
- (h)
mengatur kemasukan kenderaan-kenderaan ke dalam
kawasan Perpustakaan Awam dan mengawal lalulintas
di dalamnya;
- (i)
menetapkan penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa;
- (j)
menetapkan cara-cara bagaimana buku-buku boleh
diguna, dirujuk atau dipinjam, dan tanggungan
ahli-ahli Perpustakaan Awam apabila buku-buku
hilang atau rosak; dan
- (k)
bagi maksud-maksud lain sama ada dari jenis
yang sama seperti di atas atau tidak yang perlu
atau patut di dalam atau berkenaan dengan pengurusan
Perpustakaan Awam.
(2)
Apa-apa Peraturan yang dibuat di bawah seksyenkecil
(1) tidak boleh berjalan kuatkuasa melainkan
disahkan oleh Raja dalam Mesyuarat dan disiarkan
dalam Warta.
|
BAHAGIAN
VII
PEMINDAHAN
ASET, TANGGUNGAN, TUGAS-TUGAS PEGAWAI DAN PENJAWAT
- 25.
(1) Dengan berkuatkuasanya Enakmen
ini, semua tanah- tanah, bangunan-bangunan,
buku-buku dan lain harta alih atau takalih kepunyaan
Perpustakaan Carnegie, termasuk semua aset,
kuasa-kuasa, hak-hak, kepentingan-kepentingan
dan lain-lain keistimewaan perpustakaan tersebut
hendaklah dipindahmilik dan diletakhak pada
Perbadanan tanpa sebarang tindakan lanjut.
(2)
Dengan pemindahanmilik itu, semua hutang,
tanggungan- tanggungan dan kewajipan-kewajipan
Perpustakaan hendaklah juga dipindah dan dianggap
sebagai dilakukan oleh Perbadanan.
|
Pindahan aset dan tanggungan Perpustakaan Carnegie kepada
Perbadanan |
- 26.
Dengan berkuatkuasa Enakmen ini,
mana-mana pegawai dan penjawat Perpustakaan
Carnegie bolehlah disifatkan ditukarkan kepada
Perkhidmatan Perbadanan atas kadar gaji dan
syarat-syarat perkhidmatan yang akan ditetapkan
oleh Perbadanan.
|
Pertukaran pegawai-pegawai dan penjawat Perpustakaan
Carnegie |
BAHAGIAN
VIII
PENGGULUNGAN PERBADANAN
| Penggulungan |
- 27.
(1) Raja dalam Mesyuarat boleh
dengan perintah dalam warta mengarahkan supaya
Perbadanan digulung dan dibubarkan.
(2)
Apa-apa kelebihan daripada penggulungan Perbadan
an itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulanwang
Negeri Yang Disatukan dan apa-apa kekurangan
hendaklah dibayar daripada wang-wang yang
diperuntukkan oleh Dewan Negeri.
(3)
Penggulungan Perbadanan hendaklah dijalankan
dengan cara yang ditetapkan oleh Raja dalam
Mesyuarat.
(4)
Walaupun yang terkandung dalam Enakmen ini
atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya,
dari tarikh penyiaran perintah di bawah seksyenkecil
(1) apa-apa hak atau keistime- waan mana-mana
ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan atau
ahli Perpustakaan Awam hendaklah disifatkan
sebagai ditamatkan dengan sah.
Diluluskan
pada 23 haribulan Disember, 1973.
[SUK (Kn.) 50/63/III;P.U.Kn.267.]
|
| NIK
ISHAK BIN DATUK HAJI NIK DAUD. |
| Setiausaha, |
| Dewan Undangan Negeri, Kelantan |
|